Hasil harumanis dijangka merosot tahun depan - Utusan Malaysia

Hasil harumanis dijangka merosot tahun depan

NURULHISHAM Yaakob (dua dari kiri) menyampaikan sijil pelantikan Ahli Jawatankuasa Pasar Tani Negeri 2021 pada Kursus Pemantapan Pemasaran Digital Usahawan Tani Negeri Perlis di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pengeluaran hasil mempelam harumanis dijangka merosot tahun depan berikutan musim tengkujuh yang menyebabkan hujan berpanjangan di negeri ini sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatan kuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob berkata, hal demikian kerana buah tersebut subur dan sesuai dengan cuaca yang kering.

Beliau menyarankan semua pengusaha harumanis mencari jalan dan kaedah untuk menambahkan hasil serta menjaga kualiti buah mereka.

“Dalam cuaca yang selalu hujan tak berhenti-henti seperti sekarang, saya bimbang hasil mempelam harumanis berkurangan.

“Harga buah tertakluk kepada kualiti. Kalau buah banyak tetapi kualiti tidak elok maka pembeli tidak membelinya. Sama ada banyak atau sedikit, pengusaha harus memastikan kualiti itu terjaga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Pemasaran Digital Usahawan Tani Negeri Perlis di Hotel Seri Malaysia, di sini hari ini.

Nurulhisham menasihatkan pengusaha harumanis mengikut saranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam penjagaan pokok termasuk membalut buah dengan pembalut yang sepatutnya bagi menghasilkan buah berkualiti.

Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan FAMA mengenai harga pembalut sedia ada dalam usaha meningkatkan mutu penghasilan buah tersebut.

Mengulas mengenai Kursus Pemantapan Pemasaran Digital Usahawan Tani Negeri Perlis, beliau memberitahu, tujuannya adalah menggalakkan usahawan di negeri ini berniaga secara dalam talian terutama dalam situasi pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

“Saya tak mahu hasil pertanian terbengkalai di tengah jalan. Jualan AgroBazaar Online pun mencapai hampir RM1 juta tahun ini dan saya jangkakan tahun berikutnya lebih lagi dengan pelancaran Perlis Digital,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya