Fokus bantu petani, bukan bina bangunan baharu - Anwar - Utusan Malaysia

Fokus bantu petani, bukan bina bangunan baharu – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masalah pemasaran produk pertanian tidak selesai dengan pembinaan bangunan baharu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bernilai RM220 juta di Kelana Jaya, dekat sini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berkata, urusan land swap membabitkan FAMA juga perlu diteliti semula lebih-lebih lagi proses tersebut pernah mencatatkan kontroversi menerusi pendedahan bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

“Saya nak tekankan ini belanjawan Covid-19. Penubuhan FAMA sebelum ini pun kontroversi sebab ia dilihat daripada segi kaum. Tapi saya lihat ia lebih daripada sudut ‘lintah darat’ yang memiskinkan petani yang sudah miskin.

“Petani tidak boleh dibantu dengan pembinaan mahligai baharu. Ada baiknya land swap itu boleh digunakan bantu petani dengan menjual hasil lebih lumayan,” katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatan kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di sini hari ini.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang diterajui Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee memperoleh peruntukan berjumlah RM4.790 bilion.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) juga perlu ‘diawasi’ agar tidak dijadikan sebagai agensi korporat yang hanya melihat keuntungan semata-mata.

“Kalau tidak diawasi Nafas pun jadi badan korporat yang mana lembaga pengarah akan fikir macam mana nak kaut keuntungan. Nafas harus diingatkan tangungjawab mereka dengan mengawasi secara ketat terhadap urusan baja dan pembelian kemudahan kelengkapan lain supaya tidak seleweng dan dimonopoli Bernas,” katanya.

Dengan memetik laporan audit sebelum ini, beliau mengambil contoh ketirisan membabitkan 7,000 pesawah meninggal dunia yang masih menerima subsidi berjumlah RM57.9 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya