'Faizal tunjuk keiklasan demi rakyat' - Utusan Malaysia

‘Faizal tunjuk keiklasan demi rakyat’

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kegagalan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam undi percaya terhadap beliau akan dibincangkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, semua pihak diharap bersabar dan sama-sama menunggu pandangan rasmi parti berhubung perkara tersebut.

Dalam masa sama, Wan Saiful turut memuji Ahmad Faizal yang menunjukkan keikhlasan dalam berhadapan situasi terbaharu itu dengan tidak mahu memanjangkan permasalahan politik tersebut demi kepentingan rakyat di negeri itu.

“Beliau (Faizal) menunjukkan keikhlasan dan kepimpinan apabila berkata bahawa dalam waktu kita semua sedang menghadapi keadaan yang tidak menentu dari segi ekonomi dan kesihatan, permasalahan politik tidak perlu dipanjangkan.

“Pandangan sebegini jelas menunjukkan kesungguhan beliau menjaga kebajikan rakyat dan sikap beliau yang sentiasa meletakkan rakyat di hadapan.

“Perkara ini Insya-Allah akan dibincangkan oleh pimpinan Bersatu dan saya harap kita sama-sama tunggu pandangan rasmi parti nanti,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan undangan negeri dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd. Manaf Hashim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN