Empat cedera kemalangan tujuh kenderaan - Utusan Malaysia

Empat cedera kemalangan tujuh kenderaan

KEMALANGAN  melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 261.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) dekat Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.- MEDIA SOSIAL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai empat orang cedera dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 261.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), kira-kira pukul 3 petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.09 petang.

“Seramai lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan.

“Anggaran keseluruhan mangsa adalah seramai 20 orang dengan masing-masing dua wanita dan lelaki mengalami kecederaan ringan dan ihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati, kebanyakan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dibawa oleh lori khidmat tunda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya