PERMATANG PAUH: Libasan ‘mautnya’ pernah membantu skuad sepak takraw kebangsaan meraih pingat perak dalam acara regu berpasukan ketika Sukan Asia di Jakarta-Palembang dua tahun lalu. Bagaimanapun, kemalangan jalan raya yang menimpanya dan keluarga pada Februari tahun lepas mengubah kehidupan bekas perejam negara itu, Muhammad Kamal Ishak, 27. Selain ditimpa kecederaan serius di bahagian pinggang dan tengkuk, isterinya, Nik Norzilawati Nik Wil, 25, yang ketika itu sedang mengandung tiga bulan juga cedera akibat kemalangan terbabit namun berada dalam keadaan stabil. Muhammad Kamal berkata, ekoran kemalangan itu, dia terpaksa mengambil masa antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya