Dua lelaki ditahan pecah pejabat, kedai serbaneka  - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan pecah pejabat, kedai serbaneka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian pecah pejabat dan kedai serbaneka di daerah Petaling Jaya, dekat sini.

Penahanan kira-kira pukul 6.15 petang itu dilakukan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sebuah Flat Lembah Subang hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penahanan suspek berusia 28 tahun dan 33 tahun itu susulan kejadian pecah pejabat di kawasan Ara Damansara kira-kira pukul 6.45 pagi pada 27 November lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, barangan di dalam pejabat seperti komputer riba, alat pengukur dan kamera antara yang dicuri.

“Hasil serbuan itu juga, pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan pecah pejabat itu ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terbabit dalam kegiatan pecah pejabat di kawasan Ara Damansara serta mengaku terbabit dengan jenayah curi di kedai serbaneka, Mutiara Tropicana di sini.

“Semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod dalam kes jenayah dan dadah.

“Suspek ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya