Dua ahli sindiket ah long ditahan polis - Utusan Malaysia

Dua ahli sindiket ah long ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Dua ahli sindiket ahlong yang dipercayai terlibat dalam 11 kes jenayah di Kulai, Tampoi dan Bukit Indah ditahan polis selepas rumah mereka di Danga Bay, Johor Bahru diserbu polis awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, tangkapan terhadap suspek dibuat selepas pihaknya menerima dua laporan polis daripada mangsa sindiket berkenaan pada Selasa dan Rabu lalu.

Jelasnya, kedua-dua suspek yang ditahan berusia 22 tahun dan 25 tahun.

“Dalam laporan pertama, pengadu seorang lelaki berusia 52 tahun memaklumkan terdapat dua lelaki tidak dikenali menyimbah cat di halaman rumahnya sebelum melarikan diri pada pukul 11.45 malam, Isnin lalu.

“Kemudian, pengadu yang sama membuat laporan polis kedua memaklumkan suspek sekali lagi melakukan ugutan dengan membaling bom petrol kediamannya pada pukul 1 pagi semalam, sebelum melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini hari ini.

Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang digunakan suspek, beserta dua buah telefon bimbit.

Tambah beliau, siasatan dibuat terhadap suspek mendapati salah seorang daripada mereka sedang diburu polis bersabit kesalahan jenayah lampau.

“Kedua-kedua suspek kini dikenakan reman selama enam hari sejak semalam manakala kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya