DPN 2020-2030 dilancar, zon pelaburan projek pelancongan diwujudkan - Utusan Malaysia

DPN 2020-2030 dilancar, zon pelaburan projek pelancongan diwujudkan

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 mampu menjamin kelangsungan industri pelancongan negara dan menjadikan Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global. 

Perdana Menteri berkata, ia dicapai melalui pendekatan utama yang merangkumi Pengukuhan Daya Saing, Pembangunan Sektor Pelancongan Secara Lestari dan Inklusif serta Kesediaan Mengharungi Bencana pada masa akan datang.

Beliau berkata, dasar berkenaan dilaksanakan menerusi enam teras strategik utama iaitu transformasi tadbir urus, mewujudkan zon pelaburan pelancongan yang inklusif dan mempergiatkan digitalisasi pelancongan.

Selain itu, kata beliau, memperkaya pengalaman dan kepuasan pelancong, memperkukuh komitmen terhadap pelancongan lestari dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua subsektor pelancongan. 

“Sehubungan itu, pembangunan industri pelancongan yang berasaskan teknologi digital adalah penting bagi memastikan objektif dasar ini dapat dicapai. 

“Tambahan pula, kemajuan teknologi dapat mengukuhkan jaringan antara industri serta membuka jalan bagi subsektor inovatif baharu dalam industri pelancongan yang akan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan,” katanya dalam ucapan melancarkan DPN 2020-2030, secara maya hari ini.

  Muhyiddin berkata, pelaburan pelancongan berpusatkan teknologi adalah digalakkan. 

Melalui DPN ini, katanya, Malaysia akan mewujudkan zon pelaburan untuk projek pelancongan atau Special Tourism Investment Zones bagi meningkatkan kerjasama awam-swasta serta menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa. 

Di samping itu, jelas Perdana Menteri, sebagai kerajaan bertanggungjawab, adalah penting mengimbangi pembangunan serta pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara termasuk alam sekitar, budaya dan warisan. 

Katanya, matlamat negara adalah menjenamakan Malaysia sebagai Top of The Mind Ecotourism Destination of the World. 

“Saya juga yakin kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu di samping mewujudkan peluang pekerjaan. 

“Selain menjadi tanggungjawab bersama memastikan pembangunan produk pelancongan sentiasa mampan, berdaya saing dan inklusif seperti dinyatakan dalam DPN, usaha ini juga selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya