Derma wang tabung untuk kebajikan - Utusan Malaysia

Derma wang tabung untuk kebajikan

WANG dikumpul dalam tabung yang disumbangkan seorang warga emas dari Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan bagi tujuan kebajikan. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang warga emas di Chengkau dekat sini menyumbag wang yang dikumpulnya di dalam dua tabung termasuk tabung buluh kepada Lajnah Kebajikan Pas Negeri Sembilan bagi tujuan kebajikan.

Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Negeri Sembilan, Ishak Omar berkata, sumbangan wang tersebut diberikan individu yang dikenalinya itu sejak 13 tahun lalu.

Malah, katanya, sepanjang tempoh berkenaan, dia menerima tiga kali sumbangan tabungan daripada lelaki warga emas berkenaan.

“Saya terjumpanya di Chengkau baru-baru ini dan dia memberitahu ada tabung untuk diberikan sebelum menyerahkan dua tabung itu.

“Kali ini, dia mahu wang yang disumbangkannya itu digunakan khas buat kawasan Rembau khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ishak berkata, sebaik sahaja pulang ke rumah, perasaannya bercampur baur ketika membuka tabung buluh berkenaan dan melihat banyak duit syiling serta terdapat beberapa wang kertas.

Menurutnya, setelah dihitung, syiling dan wang kertas di dalam dua tabung berkenaan kesemuanya adalah sebanyak RM235.

“Saya tak tahu berapa lama dia menyimpan wang ini namun hasratnya untuk bersedekah melalui Lajnah Kebajikan Pas Negeri Sembilan akan saya tunaikan sebaik mungkin.

“Saya harap kisah ini memberi galakan kepada pihak lain untuk sama-sama menyumbang bagi kerja-kerja kebajikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya