DAP tidak sertai kerjasama dengan UMNO tanpa PKR, Amanah - Utusan Malaysia

DAP tidak sertai kerjasama dengan UMNO tanpa PKR, Amanah

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP Perak membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming berkata, namun DAP Perak tidak akan menyertai kerajaan negeri baharu tanpa rakan-rakan komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR.

Katanya, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai sekiranya cadangan kerjasama itu mencapai kata sepakat.

Beliau berkata, keputusan DAP itu selepas mengambil kira situasi di Perak yang mana tiada satu parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan stabil berikutan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak pada Jumaat lalu.

“Kesediaan DAP Perak bekerjasama dengan UMNO membuktikan dua perkara iaitu DAP adalah parti berjiwa besar yang sanggup meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai agenda keutamaan.

“Momokan DAP adalah anti-Melayu atau anti-Islam selama ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kor Ming yang juga ADUN Aulong berkata, kesediaan DAP Perak untuk bekerjasama dengan UMNO adalah berpaksikan kepada prinsip utama membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, berintegriti dan berpandukan kepada prinsip good governance.

Menurutnya, DAP tidak berkompromi dengan amalan rasuah atau penyelewengan dalam soal integriti pentadbiran.

“DAP mahu membentuk kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN