Cukai rokok: Kedatangan pelancong ke Langkawi boleh terjejas - Utusan Malaysia

Cukai rokok: Kedatangan pelancong ke Langkawi boleh terjejas

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

haf

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai rokok dan bahan tembakau di kawasan bebas cukai termasuk Langkawi bakal memberi kesan kepada kehadiran pelancong pada masa depan.

Perkara tersebut dinyatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Langkawi- Bebas) yang meminta penjelasan kerajaan selepas bimbang terhadap pelaksanaan terbabit yang bermula Januari ini.

Beliau dalam masa yang sama meminta kerajaan melonggarkan syarat dengan membenarkan pihak dari zon merah yang bebas dari Covid-19 melancong ke Langkawi.

“Langkawi pulau bebas cukai tidak dapat nikmati jualan rokok bebas cukai. Jika ini dilakukan industri pelancongan akan terjejas. Waktu ini pun sudah berkurangan sedangkan Langkawi kawasan hijau dan bebas dari penularan wabak Covid-19.

” Di samping itu, disebabkan banyak tempat di daratan tidak bersih dan tidak bebas, maka pelancong tidak dapat datang dan ini merugikan Langkawi.

“Saya harap juga kerajaan beri fokus kepada pembangunan Langkawi dan tidak benarkan sekatan yang keras dan ketat,” katanya dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya