Cubaan seludup 260 burung murai gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup 260 burung murai gagal

Sebanyak 260 burung murai batu dan seorang lelaki tempatan ditahan marin di Pantai Sungai Rengit di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebanyak 260 burung murai batu dengan nilai anggaran RM108,000 dirampas Polis Marin Wilayah Dua ekoran penahanan seorang lelaki tempatan di Pantai Sungai Rengit di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Dua (PPM W2), Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, haiwan berkenaan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Menurut beliau, operasi dua pegawai dan 12 anggota Ops Benteng Covid sebelum itu mengesan kehadiran sebuah kereta Proton Wira  yang mencurigakan di lokasi kejadian.

“Pasukan serbuan mengekori kenderaan tersebut dan berjaya memintas serta menahan kenderaan suspek di kawasan tepi pantai Sungai Rengit.

“Hasilnya pasukan itu  menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun dan merampas 260 burung murai batu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, burung itu menjadi kegilaan dan buruan masyarakat di negara jiran kerana fizikalnya cantik dan bersuara nyaring. 

Beliau berkata, burung murai negara ini dikatakan lebih bermutu dan harga seekor mampu mencecah ribuan ringgit di pasaran Indonesia.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Tektikal PPM W2 Pengerang untuk proses siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Dalam Operasi Benteng Covid ini, PPM W2 menumpukan sebarang bentuk pergerakan bot di perairan negara bagi memastikan perairan erkawal daripada aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan. 

“Kita menyeru masyarakat untuk bekerjasama menyalurkan maklumat bagi membanteras sebarang bentuk jenayah terutamanya melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat maritim,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya