Covid-19: Enam kematian hari ini, lima di Sabah - Utusan Malaysia

Covid-19: Enam kematian hari ini, lima di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pandemik Covid-19 meragut enam lagi nyawa hari ini dengan lima daripadanya di Sabah dan satu di Pulau Pinang,

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata, dengan itu jumlah kes kematian keseluruhan akibat wabak itu setakat ini ialah 402 kes atau 0.5 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

NOOR HISHAM ABDULLAH

Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu hari ini mencatatkan tiga kematian itu membabitkan lelaki berusia 62 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Satu lagi kes di hospital itu membabitkan lelaki berusia 65 tahun dengan sejarah penyakit gout.

Kamatian ketiga di hospital tersebut membabitkan wanita berusia 60 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, penyakit jantung, gout dan Spondylodiscitis.

Sementara itu di Hospital Tawau pula membabitkan kes kematian lelaki berusia 61 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang kronik dan dislipidemia.

Satu lagi kematian di Sabah membabitkan wanita berusia 63 tahun dengan rekod penyakit asma dengan jenazahnya di bawa ke Hospital Duchess Of Kent di Sandakan.

Pulau Pinang mencatat satu kematian Covid-19 membabitkan wanita berusia 78 tahun yang menghidap enyakit kencing manis, darah tinggi dan strok dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya