MELAKA: Suasana ‘makan-makan’ di negeri ini terutama pada hujung minggu dijangka lebih meriah susulan keputusan kerajaan negeri melanjutkan waktu operasi perniagaan sehingga pukul 2 pagi. Lanjutan selama dua jam dari pukul 12 tengah malam berkuat kuasa semalam berikutan Melaka kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selain kebenaran rentas negeri yang diberi kerajaan. Kebenaran tersebut diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 Negeri Melaka yang diadakan semalam. Pengusaha kedai ayam penyet, Shazzuan Shah Mohd. Saleh, 34, berkata, lanjutan waktu operasi itu menjadikan lokasi-lokasi tumpuan tempat makan kembali meriah seperti sebelum ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya