Bom tinggalan perang dunia dimusnahkan - Utusan Malaysia

Bom tinggalan perang dunia dimusnahkan

BOM tinggalan perang dunia kedua milik tentera British ditemukan di sebuah kebun sawit persendirian di Jalan Kuari Sinar Cemerlang, Paloh, Johor. .-UTUSAN/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Bom tinggalan perang dunia kedua milik tentera British  dimusnahkan pasukan polis di sebuah kebun sawit persendirian di Jalan Kuari Sinar Cemerlang, Paloh, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, bom seberat 454 kilogram itu ditemukan pemilik kebun berkenaan pada Selasa lalu dan laporan polis mengenainya dilakukan pada 6.34 petang.

Katanya, bom tersebut dipercayai digunakan semasa zaman konfrantasi komunis berdasarkan tahun yang tercatat pada plat pengenalan bom tersebut.

“Makluman awal penemuan UXO jenis Aerial Bomb 1000lbs dan lokasi penemuannya adalah di tepi tasik sumber air ladang yang mempunyai jarak lebih kurang 500 meter dari jalan raya.

“Tiada penempatan awam di situ melainkan sebuah rumah pekerja ladang yang terletak lebih kurang 200 meter dari lokasi ditemukan. UXO mempunyai ukuran 57 inci panjang adalah daripada jenis Aerial Bomb 1000lbs

“Maklumat pada plat pengenalan yang terdapat pada bahagian plat asas menunjukkan bom itu adalah milik Tentera British yang dibuat pada Julai 1951,” katanya ketika dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemusnahan dilakukan dengan kaedah low order menggunakan Vulcan Shape Charge.

Katanya, seramai enam pegawai dan 33 anggota terlibat terdiri daripada Pegawai dan Anggota Unit Pemusnahan Bom Bukit Aman, Kontinjen Johor, Maktab Teknik PDRM Bakri Muar, Unit Drone Pasukan Gerakan Udara dan anggota dari IPD Kluang.

“JAS Kluang turut hadir ke lokasi memantau tindakan pemusnahan ini disebabkan terdapat bahan kimia dikenali Benzene Hexa Cloride (BHC)  di dalam bom tersebut yang boleh mendatangkan bahaya kepada persekitaran.

“Tindakan letupan pertama dijalankan pada pukul 12.41 tengah hari dan berjaya membuka bahagian badan bom seterusnya bahan utama yang mengandungi kimia dikeluarkan, dikumpul dan akan dimusnahkan di satu tempat yang berasingan bagi mengelakkan pencemaran.

“Tindakan seterusnya dijalankan bagi meletupkan Fuze dan booster (penggalak) berjaya dilaksanakan pada jam 1.42 petang bagi memastikan kesemua bahan letupan dimusnah secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pemusnahan bom tersebut telah berjaya dilaksanakan tanpa melibatkan sebarang kerosakan harta benda mahupun kecederaan atau kehilangan nyawa. 

“Proses keseluruhan selesai pada pukul 2.15 petang setelah tindakan pembersihan keselamatan dijalankan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada bahan letupan yang tertinggal,” katanya.

Beliau berkata, bom berkenaan mengandungi bahan letupan jenis Minol 2 (40% TNT, 40% Ammonium Nitrate, 20% powdered aluminium).

“Ia mengandungi kimia jenis Benzene Hexa Cloride (BHC) yang mengandungi unsur clorin bertindak sebagai racun mampu memberi kesan kecederaan yang tinggi dan kesan sampingan lain sekiranya berlaku letupan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya