Belanjawan Kementerian Wilayah: 31 ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan - Utusan Malaysia

Belanjawan Kementerian Wilayah: 31 ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatan kuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan diluluskan Dewan Rakyat melalui undian secara belah bahagian.

Meskipun berlaku sedikit kekecohan yang mana pihak pembangkang mempersoalkan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan tiga ahli Parlimen  yang masih menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) hadir untuk mengundi, namun seramai 110 ahli Parlimen menyokong RUU berkenaan.

Azhar ketika diminta memberikan penjelasan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berhubung kebenaran itu dilihat enggan melayan permintaan Ketua Pembangkang itu.

Rentetan daripada itu, seramai 31 ahli Parlimen pembangkang keluar dewan sebagai tanda protes dan hanya tujuh yang duduk di tempat masing-masing untuk mengundi.

Azhar ketika mengumumkan keputusan undian berkata, seramai 110 ahli Parlimen bersetuju, tidak bersetuju (tujuh), tidak mengundi (31) dan tidak hadir (72).

Sebelum itu, Azhar menjelaskan, tiga ahli Parlimen  yang masih menjalani HSO hadir ke Dewan Rakyat hari ini dengan menaiki ambulans.

Mereka ialah  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, dan P. Prabakaran (PH-Batu).

Beliau berkata, kesemua mereka diwajibkan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan ditempatkan dalam satu bilik khas ketika persidangan berlangsung.

Katanya lagi, dua menteri dan seorang ahli Parlimen pembangkang itu hanya dibenarkan masuk ke dalam dewan ketika sesi pengundian belah bahagian sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya