Bekas ketua jurulatih Pulau Pinang meninggal dunia  - Utusan Malaysia

Bekas ketua jurulatih Pulau Pinang meninggal dunia 

MENDIANG MOEY YOKE HAM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Bekas ketua jurulatih skuad Pulau Pinang, Moey Yoke Ham, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang  (HPP), di sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Yoke Ham, 76, dibawa ke HPP selepas dikatakan tidak sedarkan akibat terjatuh di kediaman keluarganya di Batu Lanchang, dekat sini pagi kelmarin.

Anak sulungnya, Moey Mi  Lin, 45, berkata, dia dimaklumkan mengenai berita tersebut daripada ibunya menerusi panggilan telefon memandangkan dia bekerja di Petaling Jaya, Selangor.

“Doktor memaklumkan yang ayah (mendiang) mengalami kecederaan dalaman pada otak dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kesan kecederaan yang serius.

“Saya reda dengan ujian ini, dia (Yoke Ham) seorang bapa yang periang dan sentiasa memberi sokongan kepada kami adik-beradik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mayat mendiang kini ditempatkan di Krematorium Batu Gantung dan upacara pembakaran mayat difahamkan akan berlangsung Ahad ini.

Mendiang  ialah tokoh yang diingati selepas membawa kegemilangan skuad 1998 Pulau Pinang bersama Merzagua Abderrazak dengan merangkul kejuaraan Liga Perdana 1. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya