ANAM 2020 tanpa penonton - Utusan Malaysia

ANAM 2020 tanpa penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) yang akan diadakan pada Ahad ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Pengarah Operasi ANAM 2020, Abdullah Faiz Mohamad berkata, ANAM 2020 yang dianjurkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) akan berlangsung dalam suasana norma baharu dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Langkah berjaga-jaga perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Selain persembahan dirakam lebih awal, hanya tiga finalis sahaja dibenarkan hadir untuk setiap kategori.

“Selain itu, pengacara dan penyampai anugerah akan dipisahkan dengan penghadang lutsinar. Kami juga mengurangkan penggunaan tenaga produksi, begitu juga dengan pembabitan artis turut dihadkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Julung kali diadakan ANAM 2020 menjadi langkah awal untuk negara menganjurkan Festival Nasyid Antarabangsa Malaysia, sejajar dengan status negara sebagai ‘The Home of Contemporary Nasyeed’ di persada dunia, tahun depan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020, Muhamad Razin Che Mud berkata, 585 penyertaan bagi sembilan kategori yang dipertandingkanyakin adalah petanda baik untuk ANAM 2020 dijadikan sebagai acara tahunan.

“Ini adalah permulaan dalam usaha menyemarakkan industri muzik nasyid yang pernah meraih kegemilangan pada 1990-an, bukan sahaja di peringkat tempatan, malah antarabangsa.

“Kami mengundang beberapa kumpulan nasyid dari negara jiran untuk kategori Artis Nasyid Nusantara Pilihan sebagai langkah awal dalam merealisasikan impian penganjuran Festival Nasyid Antarabangsa Malaysia ke peringkat global.

“Penganjur menghubungi pihak mempunyai akses dengan kumpulan nasyid yang lebih luas dan ramai, jadi ia memudahkan kami dalam penganjuran festival di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu ANAM 2020 mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan dirakam terlebih dahulu, sebelum dipancarkan menerusi saluran TV1, jam 9 malam.

ENDS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya