AMCT jadi tarikan pelancongan musim tengkujuh  - Utusan Malaysia

AMCT jadi tarikan pelancongan musim tengkujuh 

SEBAHAGIAN peserta pertandingan memancing Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) dalam majlis pelepasan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Pertandingan memancing Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) di Tasik Kenyir di sini mampu menjadi tarikan utama pelancongan di Terengganu pada musim tengkujuh. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Sulaiman Sulong berkata, penganjuran acara tradisi tahunan itu sekali gus dapat memastikan ekonomi penggiat atau pemain industri terus diperkasa. 

“Kerajaan negeri ingin memastikan industri pelancongan di Terengganu kekal aktif walaupun dalam kita menghadapi pelbagai musim. 

“Penganjuran AMCT ini adalah salah satu tarikan pengunjung pada musim tengkujuh. Walaupun berdepan pandemik Covid-19, sambutan diterima sangat baik dengan kira-kira 140 peserta di seluruh Malaysia,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelepasan Peserta AMCT 2020/21 Edisi Istimewa di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di sini hari ini. 

Sulaiman berkata, kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir pada tahun ini merosot berikutan pelaksanaan beberapa siri perintah kawalan pergerakan (PKP). 

Katanya, kira-kira 40,000 pengunjung direkodkan pada Jun hingga Ogos manakala hanya 1,500 orang pada Oktober.  – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya