PETALING JAYA: Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menolak dakwaan dia menganiaya gadis yang dikenali sebagai Wani Comel.
Aliff berkata, segala tuntutan yang didakwa gadis itu pada dasarnya tidak pernah berada dalam kontrak yang ditandatangani pihaknya dan Wani sendiri.
“Saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, untuk maklumat saya ada mengambil beberapa duta sebelum ini seperti Erra Fazira dan banyak artis.
“Tujuan saya pada mulanya hanya untuk membantu dirinya berjalan semula yang sekali gus dapat membantu dia untuk menjaga ibunya yang sakit.
“Sebenarnya, saya memang tidak pernah menjanjikan kereta, rumah dan sebagainya. Kalau betul ada dalam perjanjian boleh tuntut di mahkamah,” katanya dalam pada sidang akhbar semalam.
Tidak menolak mengetahui ada pihak yang cuba menjatuhkan diri dan perniagaannya, kata Aliff, dia tidak teragak untuk membawanya ke pihak berkuasa.
“Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakannya buat masa ini belum boleh saya kongsi.
“Sementara itu, berkenaan saman yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu saman anda,”katanya lagi.
Terdahulu, Wani Comel membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya Alif selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan itu. – UTUSAN ONLINE