Aktiviti jet peribadi disewa disiasat - Utusan Malaysia

Aktiviti jet peribadi disewa disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan memandang serius isu operasi perkhidmatan jet peribadi disewa bagi tujuan komersial di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

 Menurut kenyataan kementerian itu, operasi jet persendirian yang menjalankan aktiviti tidak sah seperti dilaporkan akhbar turut didapati melanggar Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

 “Penyedia perkhidmatan tidak berjadual perlu mendapatkan permit perkhidmatan udara yang dikeluarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom),” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, hanya syarikat penerbangan negara dan asing yang berdaftar dan memiliki Air Operator’s Certificate (AOC) dikeluarkan oleh negara masing-masing layak memohon.

 Katanya, ini termasuk menyediakan perkhidmatan penerbangan operasi penerbangan jet peribadi untuk sewa atau upah bagi membawa penumpang di Malaysia.

 Peraturan itu, katanya, adalah bagi memastikan perkhidmatan disediakan mematuhi syarat-syarat teknikal dan keselamatan yang ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Namun kementerian pada masa ini meneliti semula dasar semasa berhubung perkhidmatan itu dengan mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pemegang taruh.

“Situasi itu mengambil kira peningkatan permintaan bagi perkhidmatan ini dan keperluan untuk menggalakkan pertumbuhan industri penerbangan jet peribadi bagi tujuan sewa dan upah,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian melalui CAAM dan MAVCOM akan menyiasat laporan media tersebut dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya