Aksem patah cubaan seludup 10,540 kg minyak masak bersubsidi -

Aksem patah cubaan seludup 10,540 kg minyak masak bersubsidi

ANGGOTA Aksem Padang Besar menunjukkan minyak masak subsidi yang dirampas berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, penyeludup bertindak menyusun minyak masak bersubsidi di belakang barangan makanan lain dalam pikap jenis Toyota Hilux untuk masuk ke Thailand.

Bagaimanapun, taktik tersebut dihidu oleh  Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) yang mematahkan cubaan menyeludup 10,540 kilogram minyak masak ke Thailand  berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar kira-kira pukul 11.30 pagi, semalam.

Sebanyak 620 kotak minyak masak yang dianggarkan bernilai RM26,350 dirampas dengan lima lelaki warga Thailand berusia antara 25 hingga 40 tahun yang memandu pikap itu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Komander Aksem negeri, Deputi Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya telah memintas lima pikap yang membawa minyak masak tersebut selepas mereka melepasi ICQS Padang Besar.

Katanya, minyak masak tersebut telah disembunyikan di belakang  barangan makanan seperti serbuk kunyit, minuman, tepung, mi segera dan sebagainya.

“Sebanyak 620 kotak minyak masak yang bernilai RM26,350,50 telah bersama lima buah pikap yang menjadikan jumlah keseluruhan rampasan mencapai RM451,349. Harga minyak masak yang boleh mencapai dua kali ganda di negara jiran dipercayai punca berlaku penyeludupan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya