Air: Pulau Pinang tunggu tindakan rasmi Kedah  - Utusan Malaysia

Air: Pulau Pinang tunggu tindakan rasmi Kedah 

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunggu tindakan rasmi Kedah berhubung isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi antara kedua-dua pihak sejak isu tersebut dibangkitkan. 

“Kita menunggu tindakan dari Kedah, apa juga jenis tindakan, apa juga tindakan yang mereka ambil kita akan lihat.

“Sebab sekarang cuma cakap dalam surat khabar sahaja, tidak ada apa-apa yang rasmi, kita masih tunggu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis pecah tanah Residensi Bukit Gelugor, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Kedah dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun berkata, pihaknya masih mahu menyelesaikan perkara itu secara rundingan.

Malah, Muhammad Sanusi juga memberi bayangan meminta campur tangan Kerajaan Persekutuan jika Pulau Pinang tetap enggan menerima pelawaan Kerajaan Negeri Kedah untuk berunding.

Menurut Kon Yeow, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berharap kedua-dua negeri mengadakan perbincangan namun Muhammad Sanusi seolah-olah tidak bersetuju dengan pandangan berkenaan.

“Pulau Pinang menawarkan memberi sumbangan kewangan ke atas pengorbanan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.

“Tetapi nampaknya Menteri Besar Kedah juga tidak berminat sebaliknya tetap mahu menuntut caj air mentah yang sememangnya kita tidak bersetuju,” katanya – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya