KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan para petugas hari ini dikejutkan dengan bunyi loceng amaran kebakaran selepas 15 minit sidang Dewan Rakyat dimulakan.
Bunyi tersebut berbunyi ketika giliran Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap ) mengemukakan pertanyaan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah ketika ditemui pemberita berkata, kejadian tersebut pertama kali berlaku sepanjang tempoh persidangan ini.
Bagaimanapun, keadaan terkawal dan persidangan bersambung kira-kira 10 minit kemudian.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, bunyi tersebut berkemungkinan terjadi akibat masalah teknikal dan akan menyiasat perkara berkenaan. – UTUSAN ONLINE