Adik pasangan kembar ditemukan lemas  - Utusan Malaysia

Adik pasangan kembar ditemukan lemas 

MUHAMMAD Alif Amin Cik Di yang ditemukan lemas di Sungai Kuala Temonyong, Langkawi, Kedah, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Keseronokan dua beradik kembar mandi sungai bersama rakan-rakannya berakhir tragedi apabila seorang daripada kembar itu ditemukan lemas di Sungai Kuala Temonyong, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mayat mangsa, Muhammad Alif Amin Cik Di berusia lapan tahun ditemukan kira-kira pukul 4.25 petang.

Katanya, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi sebelum usaha menyelamat mangsa dilakukan.

“Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa mandi bersama abang kembarnya dan rakan-rakan.

“Seorang pekerja membuat jalan berhampiran terjun ke sungai untuk menyelamatkan mangsa, namun dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Iqbal berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

“Bagaimanapun, sejurus selepas tiba di HSM, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya