Adik nak sangat kayuh basikal – kakak - Utusan Malaysia

Adik nak sangat kayuh basikal – kakak

HANIN Abdul Hamid (kiri) bersama Hanum Abdul Hamid (kanan) ketika aktiviti berkayuh sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Adik nak sangat kayuh basikal pagi tadi (semalam). Saya beritahu dia, sabar tunggu Ahad tapi adik nak juga pergi hari ini (semalam),” kata Hanum Abdul Hamid, 37, kakak kepada penunggang basikal yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemala­ngan dengan sebuah lori di Putrajaya, semalam.

Menurutnya, adiknya Hanin, 34, menyuarakan hasrat berka­yuh basikal di Putrajaya sewaktu bertemu di rumah ibu mereka di Setapak, Kuala Lumpur kelmarin malah, mangsa turut mengajaknya bersama-sama melakukan aktiviti itu.

“Adik ada beritahu yang dia teringin dan gian nak berkayuh, siap ajak buat sejauh 50 kilome­ter (km) tetapi suami saya tidak mahu kerana malas berkayuh minggu ini.

“Jadi adik ajak saya berkayuh sama namun, saya beritahu kalau tiada lelaki berteman, saya tidak mahu berkayuh. Saya marah dan minta dia bersabar tunggu Ahad pagi,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Hanum berkata, adiknya yang juga anak keempat daripada lima beradik tidak pernah melakukan aktiviti riadah itu seorang diri dan kebiasaannya akan ditemaninya serta suami.

“Dia tak pernah buat aktiviti seorang diri. Misalnya, kalau saya buat aktiviti berlari dan dia pula berkayuh basikal atau sebaliknya, kami akan buat bersama-sama.

“Malah, dua minggu lepas kami buat aktiviti bersama dan dia berjaya berkayuh sehingga jarak 30 km di Putrajaya. Jadi ralat jugalah sebab tak ikut sekali berkayuh basikal hari ini,” katanya dengan nada sebak.

Dalam pada itu, Hanum berkata, dia ada memberitahu adiknya supaya membuat kayuhan di sekitar rumah memandangkan ketika ini kedua-dua anak Hanin berusia enam dan empat tahun tinggal bersama bekas suami selama dua minggu.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan adik di rumah mak antara pukul 7 malam hingga 8 malam semalam (kelmarin). Kami tak perasan bila dia pulang ke rumah kerana tiba-tiba sudah hilang.

“Biasa sebelum pulang ada ‘kecoh-kecoh’ sedikit, biasalah bila jumpa adik-beradik dan bersalaman,” katanya.

Sementara itu, Hanum berkata, dia dimaklumkan kejadian menimpa Hanin oleh abang sulung mereka selepas orang awam menghubungi ibunya yang ketika itu sedang bertemu doktor untuk pemeriksaan di hospital.

Dia menambah, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Batu Caves.

Dalam kejadian pukul 9.40 pagi semalam, mangsa maut di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jambatan Putrajaya menuju ke Presint 8, 9 dan 10 di sini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya