99, 696 pekerja diberhentikan - Utusan Malaysia

99, 696 pekerja diberhentikan

AWANG HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 99, 696 pekerja diberhentikan sejak Januari hingga 27 November lalu berdasarkan rekod Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, bilangan kehilangan pekerjaan melibatkan kategori pengurus adalah sebanyak 13,109 orang, profesional (26,079 orang) dan kategori juruteknik serta profesional bersekutu adalah seramai 19,095 orang.

Katannya, kategori tersebut adalah kalangan pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke atas.

“Beberapa punca dikenal pasti antaranya pengambil alihan dan penutupan syarikat serta masalah kewangan kritikal.

“Faktor-faktor di atas adalah disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh semua industri secara global disebabkan pandemik Covid-19,” katanya dalam sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan M. Kulasegaran (Ipoh barat-DAP) berkenaan 81,217 pekerja yang masih hilang pekerjaan seperti dicatatkan dalam data SIP walaupun Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dilaksanakan kerajaan.

Dalam pada itu, Awang berkata, bagi golongan pengurusan yang diberhentikan kerja, mereka masih diberi perlindungan di bawah Akta SIP [Akta 800] .

“Ia tertakluk had gaji maksimum RM4,000. Ini bermakna pekerja-pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 termasuk golongan pengurusan akan mendapat faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

“Kerajaan melalui Belanjawan 2021 akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah (PSU) selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar, khususnya bagi sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan dengan kadar RM600 sebulan bagi pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya