9 kontena bawang merah Myanmar disita  - Utusan Malaysia

9 kontena bawang merah Myanmar disita 

PRODUK bawang dari Myanmar yang dirampas Maqis Pulau Pinang di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) petang semalam kerana tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menahan sebanyak sembilan kontena mengandungi 90 tan metrik bawang merah dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, kontena dari Myanmar itu ditahan dalam  operasi kira-kira pukul 4.40 petang selepas didapati cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi Sijil Perakuan 3P iaitu Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kontena-kontena tersebut mengandungi sebanyak 9,000 guni bawang merah seberat kira-kira 90,000 kilogram yang dianggarkan bernilai RM201,648.01.

“Maqis memandang serius kes seperti ini kerana melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zarina, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN