55 laporan dron berjaya tangkap PATI - Utusan Malaysia

55 laporan dron berjaya tangkap PATI

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penggunaan dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) banyak membantu dalam Operasi Benteng bagi mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang asing  tanpa izin (PATI) selain mengekang penularan pandemik Covid-19.  

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak digunakan bermula Jun lalu, sebanyak 55 laporan hasil penggunaan dron diperoleh sehingga membawa kepada tangkapan PATI. 

 “Kawasan pantai timur Sabah sangat luas, tak mungkin dapat kawal sepanjang masa walaupun penerbangan pengawasan Tentera Udara Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa bergerak.

“Sebab itu penggunaan dron penting kerana pesawat perlu berhenti ekoran pertukaran pegawai bertugas dan sebagainya tetapi dron boleh bergerak sepanjang masa dan memberikan keberkesanan tinggi dari biasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.Ismail Sabri memberitahu, kerajaan turut menambah aset-aset keselamatan di bawah peruntukan khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang pada peringkat awal dibekalkan di kawasan sempadan utara tanah air. 

Katanya, anggota-anggota keselamatan di situ diberikan motosikal Scrambler dan kenderaan ATV untuk penugasan di kawasan ‘off road’.

“Kerajaan juga sedang membuat perolehan pembelian aset-aset baharu lain dengan penggunaan kemudahan berteknologi tinggi  untuk digunakan kawalan secara fizikal oleh anggota keselamatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Operasi Benteng semalam berjaya menahan 49 PATI serta  merampas tujuh kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di  seluruh negara.

Selain itu, katanya, seramai 169 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dan kesemuanya dikompaun. 

Katanya, antara kesalahan itu adalah gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (81), tidak memakai pelitup muka (35), aktiviti pusat hiburan (31), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (13) dan lain-lain kesalahan (sembilan).

Ismail Sabri berkata, pada masa ini hanya pusat karaoke keluarga dibenarkan beroperasi di negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bagaimanapun, katanya, pusat hiburan dan kelab malam masih tidak boleh dibuka kepada pengunjung.

Dalam pada itu, beliau berkata, Perintah Kawalan  Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria,  Tuaran, Sabah kini ditamatkan setelah Kementerian Kesihatan mendapati kes Covid-19 di lokaliti itu terkawal. 

Katanya, sebanyak 9,065  ujian saringan dilaksanakan di kawasan itu dan secara kumulatif sebanyak 806 kes positif  Covid-19 direkodkan.  

“Kementerian Kesihatan mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini semakin terkawal dan menunjukkan trend  penurunan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya