46 tan biji sekoi dirampas - Utusan Malaysia

46 tan biji sekoi dirampas

PRODUK sekoi yang dirampas Maqis selepas didapati cuba dibawa masuk ke Malaysia secara tidak sah melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang semalam. - IHSAN MAQIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas lebih 46 tan metrik biji sekoi yang cuba dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli, rampasan produk biji sekoi putih dan sekoi hitam dari Ukraine itu dibuat dalam operasi dua hari di terminal berkenaan.

Kata beliau, pihaknya mendapati sebanyak 902 beg sekoi hitam cuba dibawa masuk tanpa permit manakala 1,150 beg sekoi putih tidak mematuhi syarat yang dinyatakan dalam permit import.

“Rampasan melibatkan sebanyak 22,500 kilogram sekoi hitam bernilai RM42,432.76 dan sebanyak 23,000 kilogram sekoi putih bernilai RM36,827.71.

“Produk itu didapati cuba dibawa masuk ke negara ini melalui pelabuhan di sini dengan dua kontena dari negara sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan produk berkenan akan diproses sebelum digunakan sebagai makanan seperti makanan bijirin, bubur dan bahan dalam pembuatan roti.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 11(1) dan Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya