15 tak mengaku cedera, rosakkan harta benda - Utusan Malaysia

15 tak mengaku cedera, rosakkan harta benda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 15 individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merosakan harta benda dan mencederakan empat pekerja kelab malam, dua minggu lalu.

Tertuduh-tertuduh itu ialah V.Gobi Ramanan, M.K.Kannan, S.Somasundaram, M.Pushpanathnan, C.Thayalan, M.Thiru Vijaya Kumar, M.Mathan, V.Batmanthan,L S.Ganesh, Muhammad Shahrul Anuar Sharizan, D. Nathan, Muhammad Shanker Sekaran, S. Pirabu, R.S Muguntan dan A.J. Nicholus.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 24 tahun hingga 47 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama tiga lagi yang masih bebas kira-kira pukul 11.25 malam, 25 November lalu di Club 29 Garden, Menara UP, Jalan Puchong, Brickkfields di sini secara berkumpulan merosakkan harta benda dan mendatangkan kecederaan terhadap Chan Kam Lung, Tan Chia Moon, P. Thiruvasan dan Azman Sidek.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal manakala kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam bela, J.Gunamalar, S.Kailash, John Das, Shashi Devan dan Datuk Joshua Sambanthan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan kes akan disebut semula pada 14 Januari 2021.

Sementara itu, tertuduh, Pushpanathan turut menghadapi pertuduhan memiliki satu tatu kumpulan ‘04’ di bahagian lengan kiri dengan niat menganggotai atau menjadi ahli mana-mana ahli kongsi gelap yang diwartakan haram oleh kerajaan Malaysia.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 7.30 petang, 1 Disember lalu di Pejabat Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Daerah Brickfields di sini.

Bagi kesalahan ini, pertuduhan dibuat mengikut mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM15,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi Pushpanathan untuk kedua-dua kes yang dihadapinya manakala tertuduh-tertuduh lain dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. Kesemua kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Januari 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya