JOHOR BAHRU: Lebih 10,000 pengusaha kantin di seluruh negara dikhuatiri gulung tikar dalam masa terdekat akibat kesan kerugian ditanggung mereka ekoran keputusan penutupan sekolah sehingga 17 Disember ini. Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia, Hamzah Omar berkata, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan kos operasi pada setiap hari termasuk gaji pekerja dan kos elektrik. Malah katanya, terdapat segelintir peniaga hanya memperoleh pendapatan sekitar 20 hingga 30 peratus daripada hasil jualan meskipun ketika waktu sekolah dibuka sebelum ini. “Paling mengecewakan adalah pengumuman Kementerian Pendidikan pada saat-saat akhir tanpa berbincang lebih lanjut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya