KUALA LUMPUR: Seramai tiga lagi individu termasuk tiga pegawai Jabatan Imigresen ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Op Selat.
SPRM turut mendapatkan perintah sambungan reman ke atas 10 individu berhubung kes sama di Mahkamah Putrajaya, hari ini yang mana dua daripda mereka dilepaskan manakala bakinya dibenarkan mendapat perintah berkenaan.
Tiga pegawai imigresen yang direman terdiri Timbalan Pengarah Gred 48 yang bertugas di Ibu Pejabat agensi itu di Kuala Lumpur bersama dua lagi anggota.
Sumber memberitahu, kesemua mereka ditahan secara berperingkat selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 9 malam tadi.
“Permohonan reman dibuat bagi siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE