Tiga beranak maut treler terbalik - Utusan Malaysia

Tiga beranak maut treler terbalik

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada treler muatan simen yang terbalik di Jalan Lama Kota Bharu, Gopeng, Perak, malam tadi. - GAMBAR IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Tiga beranak maut selepas treler muatan simen yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Lama Kota Bharu di sini malam tadi.

Dalam nahas tersebut, mangsa, Hafizi Nizam, 30, dan dua anak lelakinya masing-masing berusia enam dan lapan tahun maut di tempat kejadian.

Ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan parah kerana tersepit dalam kenderaan berat berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.28 malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati tiga mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah treler muatan simen yang terbabas di bahu jalan.

“Operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan namun mengalami kesukaran kerana kedudukan treler berkenaan dalam keadaan terbalik.

“Bantuan kren dan jentolak digunakan bagi mengalihkan kenderaan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat tiga beranak itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 2.19 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya