Tembakan di sempadan: Dua lagi rakyat Thailand ditangkap - Utusan Malaysia

Tembakan di sempadan: Dua lagi rakyat Thailand ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Dua lagi rakyat Thailand ditahan pasukan keselamatan pukul kira-kira pukul 7 pagi ini di tembok sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis.

Ia menjadikan keseluruhan suspek rakyat negara jiran itu yang ditahan berkaitan kes tembak anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah seramai lapan orang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, daripada kesemua lapan suspek berkenaan, empat daripadanya ditahan di Malaysia manakala empat lagi di negara jiran itu

Menurutnya, dua warga Thailand berkenaan dipercayai tidak sempat melarikan diri susulan tidak mempunyai peluang untuk melepasi tembok sempadan.

“Bila kita buat ‘sweeping di kawasan berkenaan kita terserempak dengan dua orang ini yang sedang bersembunyi. Kita yakin mereka menunggu waktu siang untuk melarikan diri.

“Kita telah bawa mereka untuk soal siasat selanjutnya. Kita juga sedang berunding dan akan membuat permohonan secara rasmi kepada pihak Polis Diraja Thailand supaya keempat-empat (penyeludup) yang ditahan di Thailand itu dapat diserahkan kepada kami untuk diadili,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pengkebumian anggota dari Batalion 3 Anggota Gerakan Am (PGA), Koperal Baharuddin Ramli di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo, Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol dekat sini, hari ini. 

Baharuddin, 54, maut selepas terkena tembakan penyeludup di Tembok Sempadan (TS9) Padang Besar, Perlis, awal pagi semalam.

Kejadian tersebut turut mencederakan rakannya, Koperal T. Norihan, 39.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, polis juga sedang berusaha mengesan senjata yang diguna suspek ketika kejadian yang dipercayai dicampak di kawasan belukar berhampiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN