Tahun 2022 baru dapat elektrik - Utusan Malaysia

Tahun 2022 baru dapat elektrik

ANTARA rumah di Kampung Dusun Umbut, Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan yang bakal menikmati bekalan elektrik sepenuhnya menjelang 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Kesukaran kira-kira 120 penduduk di tiga buah kampung di Mukim Kenaboi, dekat sini yang hidup tanpa bekalan elektrik sejak sekian lama, bakal berakhir apabila menerima kemudahan tersebut selewat-lewatnya pada 2022.

Penyediaan kemudahan utiliti berkenaan menerusi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kementerian Pembangunan Luar Bandar melibatkan kelulusan peruntukan berjumlah RM4.1 juta.

ROSMADI ARIF

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Chennah, Rosmadi Arif berkata, tiga kampung berkenaan ialah Kampung Chalin, Dusun Umbut dan Kampung Chuang Lebu.

“Buat permulaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan projek BELB membabitkan lima buah rumah di Kampung Chalin, 16 buah di Kampung Dusun Umbut dan sebuah rumah di Kampung Chuang Lebu.

“Tiga buah rumah di Kampung Chalin tidak dapat dilaksanakan berikutan jambatan yang menghubungkannya runtuh sejak tahun lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Rosmadi berkata, sebanyak lapan buah rumah di Kampung Chuang Lebu pula tidak mempunyai jalan masuk dan perlu dibina jalan sepanjang tiga kilometer terlebih dahulu.

Katanya, masalah jambatan runtuh itu sudah dibawa kepada pengetahuan kerajaan negeri untuk diambil tindakan.

“Ketika ini kebanyakan penduduk menggunakan set solar dan generator bagi mendapatkan bekalan elektrik namun dalam jangka masa terhad.

“Projek yang bakal dimulakan pada Mac 2021 itu diharap dapat menggembirakan penduduk yang masih tinggal di kampung itu yang wujud sebelum negara merdeka lagi.

“Memandangkan penempatan di Kampung Chennah sudah terlalu padat, kemasukan bekalan utiliti ini diharap dapat menarik semula waris penduduk untuk tinggal di kampung berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya