Suami isteri dera amah ditahan - Utusan Malaysia

Suami isteri dera amah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak berpuas hati dengan prestasi kerja, seorang pembantu rumah  didera majikannya sehingga cedera dalam kejadian di Taman Batu Jinjang di sini semalam. 

Dalam kejadian itu, sepasang suami isteri  berusia 42 dan 41 tahun ditahan susulan laporan polis yang dibuat orang awam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya bersama sepasukan anggota Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman menyerbu kediaman terbabit dan menyelamatkan wanita Indonesia berusia 26 tahun itu.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati mangsa cedera di seluruh badan dipercayai akibat didera. 

“Kita turut merampas pisau, gunting, kerusi serta periuk yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

“Mangsa bekerja di rumah suami isteri itu 13 bulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Eng Lai berkata, selain didera, mangsa turut tidak dibayar gaji.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 44 ATIPSOM 2007 dan orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan kekerasan terhadap pekerja sehingga mendatangkan kecederaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya