Saksi kes rompak dicari - Utusan Malaysia

Saksi kes rompak dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Johor Bahru: Polis mencari dua beradik yang merupakan saksi bagi kes cubaan merompak yang akan dibicarakan di Mahkamah Seksyen, di sini Khamis ini.

Menurut kenyataan Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, dua saksi tersebut ialah Hazreen Shah Hisammuddin, 23, dan kakaknya, Hazlinda Shah Hisammuddin, 28.

Katanya, butiran saksi pertama Hazreen beralamat akhir di No 11, Tingkat 7, Rumah Pangsa Serantau Baru, Jalan Tawakal Larkin.

“Manakala saksi kedua ialah Hazlinda beralamat terakhir di No 15, Tingkat 5, di bangunan yang sama.

“Dua saksi warga tempatan itu dicari bagi perbicaraan kes cubaan merompak mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang mengenali saksi diminta menghubungi pegawai penyiasat bahagian Siasatan Jenayah IPD JBS, Inspektor Mohamad Safwan Fadzullah Suhaimi di talian 0139006326 atau 072182222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN