Rohingya: Wisma Putra tunggu arahan Kabinet - Utusan Malaysia

Rohingya: Wisma Putra tunggu arahan Kabinet

Pelarian Rohingya dibawa ke Depot Tahanan Imigresen selepas ditahan kerana memasuki Malaysia secara haram.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbincangan lanjut mengenai pelarian Rohingya termasuk isu Koh Adang di Thailand yang menjadi ‘pulau transit’ akan diadakan dengan beberapa kementerian serta agensi berkaitan sebelum dibawa ke Kabinet.

Sumber Kementerian Luar berkata, setakat ini, kerajaan kekal dengan pendirian yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu lambakan pelarian Rohingya iaitu tanggungjawab dan beban menangani isu berke­naan dikongsi semua negara secara sama rata.

Menurutnya, kerajaan juga sentiasa bersedia bekerjasama de­ngan kerajaan Thailand mengenai isu berkenaan dan sedang menunggu Thailand untuk menghantar duta ke Malaysia bagi membincangkan isu tersebut dengan lebih terperinci.

“Kementerian Dalam Negeri akan memperhalusi dan membuat ketetapan terhadap isu ini dan apabila diputuskan Kabinet, barulah Kementerian Luar akan bertindak secara bersama, memandangkan perkara ini melibatkan hubungan diplomatik,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia yang mendakwa kerajaan Malaysia telah memang­gil Duta Besar Thailand untuk membincangkan isu Koh Adang yang menjadi pusat transit pelarian Rohingya, namun seolah-olah tidak mendapat kerjasama apabila tiada tindakan diambil.

Ketika Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-11, Muhyiddin berkata, Malaysia tidak lagi berupaya menerima lebih ramai pelarian dan kesan krisis itu terus mempengaruhi negara di rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya