Resit palsu: Kedai emas rugi hampir RM100,000 - Utusan Malaysia

Resit palsu: Kedai emas rugi hampir RM100,000

MOHD. WAZIR MOHD YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Disebabkan resit palsu, sebuah perniagaan yang menjalankan urusan jual beli emas di sini kerugian hampir RM100,000.

Kejadian tersebut bermula apabila jurujual wanita yang bekerja di kedai emas milik sebuah koperasi di sini dihubungi empat pelanggan pada 30 Oktober hingga 11 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, urusan jual beli emas berkenaan dilakukan melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, suspek-suspek berkenaan menggunakan resit palsu yang dihantar melalui WhatsApp kepada jurujual tersebut sebagai bukti pembayaran untuk pembelian.

“Pada 16 November, bendahari koperasi berkenaan membuat semakan akaun bank dan mendapati tiada sebarang transaksi seperti dikemukakan pembeli (melalui resit).

“Bendahari tersebut hanya menyedari resit-resit tersebut adalah palsu selepas barang kemas bernilai RM98,921 berkenaan telah diposkan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Wazir, lelaki berusia 28 tahun berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN