Remaja buat aksi wheelie ditahan polis - Utusan Malaysia

Remaja buat aksi wheelie ditahan polis

TANGKAP layar video yang memaparkan aksi remaja melakukan aksi wheelie di kawasan perindustrian Pekan Nanas, Pontian, Johor. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN : Seorang remaja 19 tahun ditahan polis kerana melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal di sebuah kawasan perindustrian Pekan Nanas, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, video berdurasi 23 saat aksi remaja dikesan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Traffik (JSPT) Polis Johor setelah tular dalam media sosial.

“Ekoran maklumat tersebut, sepasukan anggota JSPT Polis Pontian melakukan pemantauan di lokasi.

“Hasil pemantauan itu kita menahan seorang remaja berusia 19 tahun dan menyita sebuah motosikal berwarna hitam dipercayai digunakan bagi melakukan aktiviti seperti dalam video yang tular dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mustafa, kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda minimum RM5,000.

Beliau meminta kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti pengguna jalan raya yang boleh mengundang bahaya kepada orang lain.

Terdahulu, tular satu video dalam media sosial yang memaparkan aksi remaja melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal di sebuah kawasan perindustrian Pekan Nanas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN