Pusat peranginan diarah tutup sementara - Utusan Malaysia

Pusat peranginan diarah tutup sementara

AHMAD Faizal Azumu (tengah) diberi penerangan semasa meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di sebuah pusat peranginan di Tambun, Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Operasi sebuah pusat peranginan yang berlaku kejadian tanah runtuh sehingga mengorbankan dua nyawa di sini, kelmarin diarah tutup sementara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

Kata beliau, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) memaklumkan bukit batu kapur di kawasan pusat peranginan itu berpotensi mengalami runtuhan atau jatuhan batuan.

Beliau berkata, siasatan awal dengan Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) bagaimanapun mendapati pembangunan di pusat peranginan berkenaan mengikut kelulusan semua jabatan berkaitan.

“Tiada sebarang masalah dalam soal memberikan kelulusan untuk pembinaannya (pusat peranginan).

“Kelulusan yang diberikan 20 tahun setelah menerima maklum balas daripada semua jabatan termasuk aspek zon penampan” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Terdahulu, beliau meninjau tempat kejadian di pusat peranginan tersebut.

Menurut Ahmad Faizal , syarat pembinaan bangunan di negeri ini ditetapkan perlu ada kawasan zon penampan dari zon bukit ke tempat binaan.

“Namun agak malang kejadian yang berlaku semalam adalah bencana yang tidak dapat dielakkan apabila berlaku runtuhan tanah sehingga ke tapak bangunan (villa),” katanya.

Berikutan kejadian tersebut, katanya, kerajaan negeri mengarahkan kerja-kerja pemantauan terhadap semua cerun batu kapur yang berisiko di negeri ini dipertingkatkan serta merta.

“Pemantau melibatkan kawasan berdekatan bukit batu kapur, berikutan hujan lebat yang luar biasa sejak kebelakangan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya