PRU-15: Muhyiddin buat kenyataan tepat - Utusan Malaysia

PRU-15: Muhyiddin buat kenyataan tepat

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik Covid-19 berakhir adalah kenyataan tepat ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat mesti mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, majoriti tipis yang ada pada kerajaan sekarang menyebabkan ia sering dipersoal dan keadaan itu tidak baik bagi sesebuah kerajaan.

“Kerajaan tidak seharusnya terlampau berfikir tentang politik sangat, apabila mendapat mandat baharu itu nanti, menang kalah itu biasa. Kalau menang, menang lah, kalau kalah, kalah lah kerana rakyat yang akan menentukan, sama ada cepat atau lambat.

“Orang mahu lihat supaya kerajaan mesti kerajaan yang mempunyai mandat yang kuat. Rakyat sudah sedar, bahawa kerajaan dengan majoriti yang tipis tak akan datangkan kebaikan kepada rakyat. Hasrat yang dinyatakan oleh Perdana Menteri itu sesuatu yang baik, bagi saya baik kerana untuk mendapat daripada rakyat, bukan atas desakan sesiapa,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini berkata, Parlimen akan dibubarkan sekali gus membuka jalan kepada PRU-15 sebaik sahaja penularan pandemik Covid-19 di negara ini berakhir.

Ujarnya, kerajaan pimpinannya akan menyerahkan semula mandat kepada rakyat bila tiba masanya untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Mohamad enggan mengulas lanjut ketika ditanya pandangannya mengenai isu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk diisi oleh pemimpin UMNO.

“Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) sudah buat kenyataan, cukuplah,” katanya ringkas.

Semalam, Ahmad Zahid berkata, semua pihak terutama pemimpin parti yang bergabung atau mendokong kerajaan PN diminta tidak mendesak jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada mereka.

Kenyataan itu susulan laporan muka depan Mingguan Malaysia, semalam berhubung kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa isu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk diisi oleh pemimpin UMNO akan dibangkitkan semula sebaik sahaja Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Parlimen, selesai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya