KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya akan diadakan serentak pada 16 Januari tahun depan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon untuk kedua-dua PRK berkenaan pada 4 Januari sementara pengundian awal pada 12 Januari.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh di Putrajaya hari ini.
Kedua-dua PRK berkenaan perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.054 Gerik dan DUN N.66 Bugaya susulan kematian kedua-dua penyandang kerusi tersebut.
Penyandang kerusi Parlimen Gerik Allahyarham Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 November, manakala penyandang kerusi DUN Bugaya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah kembali rahmatullah pada 17 November. – UTUSAN