Polis jumpa pisau dipercayai guna bunuh Siti Nor Surya - Utusan Malaysia

Polis jumpa pisau dipercayai guna bunuh Siti Nor Surya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Polis menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kes pembunuhan Siti Nor Surya Ismail, 19.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, senjata tajam itu ditemukan di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Telemong, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

“Kita percaya pisau dapur itu diambil dari rumah mangsa dan dibuang suspek ke lokasi ia ditemukan,” katanya selepas mengetuai Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 bersama agensi penguat kuasaan Hulu Terengganu di pasar malam Kuala Berang, di sini malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Adli berkata, hampir 20 saksi dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan remaja perempuan di Kampung Lubuk Batu, Kuala Telemong itu.

Katanya, mereka termasuk ahli keluarga mangsa dan suspek di samping pakar serta petugas polis yang terlibat dalam siasatan.

“Polis masih melengkapkan siasatan dan motif kejadian kekal sama iaitu berpunca daripada rasa tidak puas hati dan kata-mengata antara mangsa dengan suspek,” katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, Siti Nor Surya ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dengan pergelangan tangan kirinya putus di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Batu.

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang merupakan rakan baiknya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN