Polis berkas dua lelaki, rampas empat peket dadah - Utusan Malaysia

Polis berkas dua lelaki, rampas empat peket dadah

ANTARA barang rampasan termasuk empat peket plastik lutsinar berisi dadah hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan di Kilometer 20 Jalan Lukut Sepang, Port Dickson, Negeri Sembilan, pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Polis menahan dua lelaki dan merampas sejumlah dadah bernilai RM1,350 selepas menahan sebuah kereta di Kilometer 20 Jalan Lukut Sepang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 34 tahun dan 28 tahun itu ditahan selepas sepasukan anggota unit polis peronda (MPV) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) dalam penugasan rondaan zon melihat sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 3.30 pagi.

“Anggota menahan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki dua lelaki dalam kenderaan mencurigakan di Kilometer 20 Jalan Lukut Sepang. Mereka mengarahkan suspek berhenti dan melakukan pemeriksaan badan serta kenderaan.

“Hasil pemeriksaan polis merampas sejumlah dadah iaitu tiga peket plastik lutsinar berisi ketulan mampat disyaki ganja dengan anggaran berat 20.95 gram dan satu peket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal dadah jenis syabu seberat 2.5 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Aidi Sham, hasil pemeriksaan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC).

“Mereka didapati mempunyai rekod lampau dan dipercayai adalah pesalah jenayah serta penagih tegar berdasarkan rekod polis termasuk suspek 28 tahun yang dikehendaki polis mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2)/6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan esemua suspek telah direman di Makhamah Port Dickson sehingga tarikh 17 November depan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN