PKPB di Kelantan hanya berita palsu - Utusan Malaysia

PKPB di Kelantan hanya berita palsu

Orang ramai diminta berhenti sebar berita palsu mengenai Kelantan bakal dikenakan PKPB mulai esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan Kelantan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  mulai  esok.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, perkara itu tidak benar dan pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menafikan kandungan mesej tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan berhenti berkongsi mesej palsu yang tersebar di WhatsApp dan media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, satu mesej tular melalui aplikasi WhatsApp yang mengatakan bahawa Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin memaklumkan JKN dan Majlis Keselamatan Negara bersetuju mengadakan PKPB  di negeri ini berkuat kuasa pukul 12 tengah malam, 17 November 2020.

Mesej itu menyatakan bahawa PKPB dilakukan selepas mengambil kira kes Covid-19 yang semakin meruncingkan terutamanya di kawasan bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya