Penunggang motosikal maut langgar jengkaut - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut langgar jengkaut

KEADAAN motosikal selepas melanggar sebuah jentera berat di Jalan Selendang-Rompin di Rompin, Pahang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar sebuah jengkaut di Jalan Selendang-Rompin, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai berlaku ketika jentera berat terbabit sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan parit di bahu jalan Selendang.

“Apabila motosikal sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal warga Indonesia dikenali sebagai Iskandar dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar di bahagian kiri jentera berat.

“Akibat daripada kemalangan tersebut pemandu motosikal meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman, mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin dan bedah siasat dilakukan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya