Penunggang motosikal maut kemalangan dengan lori - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut kemalangan dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang pekerja makanan segera meninggal dunia selepas dua jam terlibat dalam kemalangan di Kilometer 222.6 Lebuhraya Utara Selatan Arah Selatan, kira-kira pukul 11.20 malam tadi.

Mohd. Fauzi Sidik, 40, disahkan maut di Zon Merah Hospital Alor Gajah, Melaka kira-kira pukul 1.40 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal yang ditunggangi mangsa jenis Modenas Kriss dan sebuah lori ‘Low Loader’ jenis Scania.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa menunggang dari arah Senawang menghala ke Air Keroh di laluan lorong kiri. Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori yang bergerak di lorong kiri lebuh raya tersebut menyebabkannya terjatuh di lorong kiri.

“Mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia di Zon Merah ketika mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Anuar Bakri berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, kedua-dua belah kaki dan tangan kanan.

Menurutnya, pemandu lori berusia lingkungan 30-an tidak mengalami kecederaan.

“Bedah siasat dilakukan ke atas mangsa pagi ini di Hospital Alor Gajah bagi mengetahui punca kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya