Peniaga maut nahas dua kenderaan - Utusan Malaysia

Peniaga maut nahas dua kenderaan

KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau di Dungun, Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang peniaga maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 57 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, di sini hari ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 3.10 petang itu, Afiq Imran Abdullah, 20, dari Felda Chini 1, Pekan, Pahang yang memandu Perodua Viva meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Rakannya, Mohammad Rizduan Sulong, 25, pula patah paha kiri manakala pemandu Proton Wira Aeroback, Mohd. Khainurdin Ramdan Sulong, 35, turut mengalami kecederaan sama.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Dungun ke Ajil hilang kawalan dan terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan Mohd. Khainurdin Ramdan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat manakala dua lagi yang cedera menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baharudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kereta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya